Wednesday, March 23, 2011

jimat ohh jimat..

Berjimat bermaksud menguruskan duit untuk disimpan. Orang yang cermat sentiasa mencari jalan untuk menjimat masa, duit dan tenaga. Berjimat bukan bermakna menjadi kedekut tetapi berjimat untuk masa depan..


Bagaimana cara untuk berjimat?

* Kurangkan perbelanjaan harian– sebelum membeli sesuatu, tanya diri sendiri:

1. Adakah saya betul-betul perlukan ini?
2. Bolehkah saya mendapatnya di tempat lain pada harga yang lebih murah?
3. Bolehkah saya mendapatnya secara percuma?haha...(nie saya suka)


*Batalkan sesuatu yang menelan perbelanjaan yang besar lebih pada bajet anda 



* Kurangkan keluar ke pusat membeli belah(shoping complex)



* Kurangkan sampah – gunakan kertas di kedua-dua belah muka surat (jika dibenarkan, buat catatan tanpa kertas!) dan gunakan kain lampin daripada lampin pakai buang.



* Guna semula atau Kitar semula
 – jika boleh, jadikan sampah anda baja (yang boleh digunakan untuk menanam sayur anda sendiri!), usahakan kebun sayur dan tukarkan sampah anda kepada duit!



* Jadikan barang bertahan lebih lama
 – perbaiki pakaian, kasut digam semula dan baiki barang sebelum ia tidak boleh dibaiki lagi.



* Cari kegunaan baru untuk barangan lama 
– cat perabot lama, buat kuilt daripada pakaian lama, dan jadikan meja besar lama kepada meja tulis. Dalam erti kata lain, kitar semula, kitar semula dan kitar semula!



* Cari barang pengganti yang lebih murah
 – beli jenama umum, membeli-belah semasa ada jualan murah, menyewa daripada membeli


Anda juga boleh berjimat dengan memenuhi keperluan anda secara kreatif, dengan berkongsi bersama orang lain dan menggunakan sumber awam. Di sini terdapat beberapa cara lagi untuk berjimat:


* Cari hiburan yang percuma atau murah.



* Berkongsi dalam pembelian yang besar

Perkongsian boleh membantu anda mendapat apa yang anda perlukan pada kos yang rendah. Sebagai contoh, mungkin anda berkongsi dengan jiran anda sebuah tangga, gerudi elektrik dan mungkin pembersih vakum. Anda juga boleh berkongsi banyak permainan anak anda dengan rakan dan ahli keluarga anda, dan berkongsi kereta untuk pergi dan balik kerja juga adalah satu lagi contoh yang baik.


* Bertukar barangan atau perkhidmatan.

Ya, kita hidup dalam dunia moden tetapi siapa kata yang kita tidak boleh mengamalkan pertukaran barangan? Sebenarnya anda boleh membuat pertukaran kepada semua jenis barang. Jika anda pandai menggunting rambut dan rakan anda pandai membuat kek, buat pertukaran kemahiran. Anda berdua mendapat apa yang anda perlukan dan anda berdua dapat jimat duit. Fikirkan tentang kemahiran anda, perkara yang anda gemar dan perkara yang anda lakukan dengan baik. Kemudian, fikirkan tentang kemahiran dan bakat rakan, ahli keluarga dan jiran anda. Bertanya kepada mereka yang anda kenali, yang mahu membuat pertukaran dengan anda. Mulakan dengan sesuatu yang mudah dan lihat bagaimana ia berjalan. SELAMAT MENCUBA.. ^_^




CIK CHERRY KUNING
Duit ohh duit pening pk sal duit
bila ada tu cpt je sume nk bli kn 
skg ble dh xde br pening..huhuhu~

Monday, March 14, 2011

Mencari Ketenangan Hakiki..

Doa Tenangkan Hati : 




Kata-Kata Hikmah Untuk Motivasi Diri



Berusahalah, jangan berpuas hati sehingga yang baik menjadi lebih baik dan yang lebih baik menjadi paling baik. 
(Larry Bielat)
Manusia cemerlang fokus kepada kerja penting walaupun tidak seronok. Sementara manusia lemah fokus kepada kerja seronok walaupun tidak penting. 
(Dr. Shukri Abdullah)
Kejayaan bergantung kepada apa yang anda lakukan dengan diri anda. 
(Ron Jenson)
Kegagalan bukan muktamad. Kita gagal kerana terlalu cepat mengaku kalah dan mudah putus asa. 
(Lewis Timberlane)
Tidak ada kemajuan tanpa perubahan. Mereka yang tidak boleh mengubah pemikiran tidak boleh mengubah apa-apa. 
(George Bernard Shaw)
Musuh utama kecemerlangan bukanlah kekurangan fizikal, sosial atau ekonomi tetapi mental. 
(Dr. Shukri Abdullah)
Saya tidak kalah apabila saya berada di bawah. Saya hanya kalah sekiranya saya tidak bangun semula dari bawah.
 (Dr. Shukri Abdullah)
Buatlah apa yang anda mampu buat, dengan apa yang anda ada dan di mana sahaja anda berada kerana tiada alasan di dalam kamus pemburu kejayaan. 
(Henry Truman)
Secara semulajadi semua manusia itu sama, tetapi ilmu menjadikan mereka cukup berbeza.
(Bidalan Cina)
Rancanglah masa depan anda kerana di situlah anda akan menghabiskan hidup anda.
 (Dr. Shukri Abdullah)
RAJIN itu adalah punca segala kejayaan dan MALAS pula punca segala kegagalan.
 (Dr. Shukri Abdullah)
Rahsia kejayaan cuma ada dua perkataan, TRY (cuba lagi) HARDER (lebih kuat).
 (J.P Ghetty – Billionaire)
Memulakan sesuatu itu adalah hebat tetapi menyelesikannya adalah lebih hebat!
 (H.W Longfellow)
Kebanyakan orang gagal bukan kerana bodoh tetapi mereka gagal kerana melakukan kerja bodoh.
 (Dr. Shukri Abdullah)
Manusia yang berakal ialah manusia yang suka menerima dan meminta nasihat. 
(Saidina Umar Al-Khattab)
Kemahuan adalah umpama orang buta yang perkasa mendukung orang lumpuh yang dapat melihat.
 (Arthur Schopenauer)
Kesusahan yang dialami kerana berusaha untuk berjaya hanya sekejap sahaja kemudian akan senang seumur hidup.
 (Ibnu Yusuf)
Tidak ada manusia yang dengan sendirinya menjadi cerdik.
 (Dr. Shukri Abdullah)





yeaaahhh.....i can do it!!
(^_______^)
CIK CHERRY KUNING


Saturday, March 12, 2011

Beza Cinta,Sayang,Minat DAN Suka.......


CINTA
Kita memang mengharapkan dia menjadi milik kita. Segala apa yang kita buat, kalau bOleh nak dia tahu.. dan kita sebOleh mungkin tak nak sakitkan hati dia. kita akan sentiasa berfikir tentang dirinya. (dalam erti lain : cinta di tujukan kepada seseorang yg kita selalu ingat dan mimpi.. Tanpanya kita akan rasa sunyi dan kita cintakan sepenuh jiwa dengan hati yg ikhlas kepadanya walaupun dia buat tak tau je)


 SAYANG
Kita memerlukan dia di masa kita mahukan seseorang untuk berkongsi rahsia dan kisah duka kita. selalunya kita akan sayangkan seseorang yang menjadi TELINGA kepada masalah kita. (dalam erti lain : sayang di tujukan kepada seseorang yang boleh membuangkan masa dia untuk mendengar dan memeningkan kepalanya dgn masalah kita dan kita jugak boleh menyakitkan hati dia kerana kita bukannya cinta kepadanya)


 SUKA
 Kita sukakan dia kerana dia kelakar. Dia happy-go-lucky. Bila bersama dengan dia, kita rasa nak tergelak sampai nak pecah perut. Tapi, kita taklah rindu sangat kat dia bila tak berjumpa seminggu…(dalam erti lain : suka di tujukan kepada seseorang yang boleh menjadi pelawak kepada kita. Kita akan suruh dia diam sekirangnya keng kita dah nak pecah…)



MINAT
Apa sesuatu pada dirinya yang menarik kita untuk mendekatinya.(dalam erti lain : minat ditujukan kepada seseorang yang ada sifat, peribadi atau barang yang kita mahukan… )

Tetapi kita kena ingat bahawa tanpa minat , suka dan sayang kita tidak akan CINTA pada seseorang itu…



CHERRY KUNING
FOREVER N EVER

Thursday, March 10, 2011

JANGAN MENCARI TERLALU SEMPURNA ...

Jika kamu memancing ikan.... Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu.... Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja.... Karena ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.

 Begitulah juga .........  Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang... Setelah ia mulai MENYAYANGIMU hendaklah kamu MENJAGA hatinya.... Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja.... Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu....  

Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh.... cukuplah sekadar keperluanmu.... Apabila sekali ia retak.... tentu sukar untuk kamu menambalnya semula.... Akhirnya ia dibuang....  Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi....

 Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya.... Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa.... Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya.... akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya.  Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya....  

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi... yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat. Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain.. Terlalu ingin mengejar kelezatan. Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan menyesal.  

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan..... yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu. MENYAYANGIMU... MENGASIHIMU... Mengapa kamu berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain. Terlalu mengejar kesempurnaan. Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang ain Kamu juga yang akan MENYESAL....

CIK CheRRy Kuning
im not a perfect person...

Thursday, March 3, 2011

..My beloved friend..

Friend??
adakah anda suma tahu mksdnya?
-meh cni kta kongsi bersama2..haha.:))
Hurmmm...kwn?
tme ssh menjauhkn diri tme sng ade dcc..?
cm2 ke dkatakn kwn?
ohh...sgt tidak tepat sekali...

alamakkk...skema gler ayat aku.....huhu...
apa la aku merapu aku pown xtaw la.....kuang2..
SEBENARNYA...........
kwn sng dcari musuh msty djauhi..
saya??
sy syg kwn2 sy tnpa mereka sapa la sy an...
ILOVEYOU LAH!!
(^___________^)




hehehe...nie la geng2 aku yg serabut yg plg serabut tu aku la kn
tp aku nk gtaw korg dpa nie mmg bek n bes la rugi xknl ngn dpa2 nie 
wey....aku dh puji ampa nie jgn lpa blnja aku..huhu.
men2 je jgn mrh korg mmg TERBAIKLAH~



haa...wat pengetahuan korg suma nie geng aku nie mmg ska brgmbr
lbh2 lg bdk pki bj hjau tu...over gler.huhu..
spa la budak tu an ntah pape je aku tgk....:p


opssss....xnk la kta pe lg tgk je la k...huhu.
diam2!! syhhhhhh....


sapa ek yg comey sblh aku nie nk taw?
nme dya syarifah nur asyiken tp aku pggl dya kak pah je...huhu.
opssss...trclap lak sory2 aku pggl dya ekin
dya la plg kcik n tercomey skali lah
dya nie bek sgt aku hepy ble kwn ngn dya..
dya nie mmg pnyabar aku pown xsesabar dya...:)


yeahhh...yg nie lak kwn aku yg plg pndiam 
nme dya fatimah sabry aku pggl dya k.mah..huhu...
xla men2 je aku pggl dya tmah dya nie kn byk btol la prsamaan ngn aku
aku ska tu msty dya ska gak.. nk taw? xleh2 rhsia kmi brdua..hahaha..


comey kn dya? tp sory la ek dh trlmbt dya nie dh brpunya...huhu.
klu korg nk taw kmi nie rpt sgt n kmi nie pndai trlbh yg taw2 la kn..haha.
meh cni aku knlkn nma dya rasyidah owg pggl ida klu korg nk taw si ida nie kn..
dya nie dh da ank n menantu pown da..huhu.. xda2 aku mrapu ja..:)




p/s: Sory la ek kpd spa2 yg brkenaan yg xda tu yg nie je yg aku smpt amek
xpa2 len kali aku letak gmbr ampa lak..haha. xmau sdey2 pnmpr kang.huhu..