Tuesday, November 15, 2011

IM BACK!!

Hey,cik cherry kuning...
hmm,setelah lama menghilangkan diri now aku kembali...:)
rasanya dah berbulan lamanya aku tak update blog nie no idea la nk update apa..
but now banyak yang aku nak story rindunya kt cherry kuning.............:'(


Start Praktikal,
Mood hepy sangat tak lagi kena menghadap kuiz or menghadap assignment yang memeningkan kepala but untuk 6month jela kan sempat untuk aku merehatkan minda...hehehe... Aku berpraktikal berempat fina,ekin and fatimah pada mulanya so tak la rasa nervous sangat coz ada kawan-kawan but kat sana kami dapat sorang lagi kawan baru nama dia mira roni tapi kami panggil dia roni ja..huhu.. Alhamdulilah kami semua rapat dan serasi bersama..hehe..:) Minggu kedua, kawan kami bertambah lagi 2orang student baru masuk praktikal nuruddin dan ihsan. Alahai,mula masuk malu-malu kucing but bila dah lama kami semua rapat.. Sudah laa makin lama makin merepek je..hihi...Aku tak lagi bosan dapat belajar benda yang baru yang tak penah terlintas dalam fikiran aku akan belajar benda-benda nie semua...huhu.


JENG...JENG...JENG....



Hehe...merah kan?? time nie kami kat sawah baru je lepas membuang padi angin dan sambau...peace..hihi..






Aiyaa..ada gaya macam petani tak???huhu... Aku tak lagi bosan dapat belajar benda yang baru yang tak penah terlintas dalam fikiran aku akan belajar benda-benda nie semua...huhu
THANKS FRIEND!




Majlis berbuka puasa di golf resort best!! Terima kasih semua yang terlibat...:))



Hmmm...semua tengah sibuk nie.. jangan la kacau...OKBAI! :p




Moral of the story,
Pengalaman Mengajar Kita Erti Sebuah Kehidupan...SEKIAN!






10 Petanda Dia Jodoh Kita


Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan aka untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?


Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita :
1. Bersahaja
Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.
2. Senang Bersama
Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.
3. Terima Kita Seadanya
Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.
4. Sentiasa Jujur
Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.
5. Percaya Mempercayai
Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.
6. Senang Bekerjasama
Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?
7. Memahami Diri Kita
Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.
8. Tampilkan Kelemahan
Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.
9. Kata Hati
Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.
10. Solat Istikharah dan Tawakkal
Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.
-Artikel iluvislam.com

Tuesday, May 24, 2011

Petua ohh petua..:)


Tips utk menambahkan berat badan



Bagi seseorang  yg kurus dan semakin risau kerana berat badan tidak seimbang dengan ketinggian, mungkin boleh cuba amalkan cara tertentu.. Antara perkara yang boleh buat untuk berusaha menambah berat badan :


1.Penting untuk mengambil banyak makanan yang tinggi kalori,protien dan garam galian.

-gantikan nasi dengan roti.Roti mempunyai kalori lebih besar berbanding nasi atau boleh mengambil nasi dan sejam kemudian roti.


2.Jangan tinggalkan waktu makan dan seelok-eloknya makan tiga hidangan utama bersama dua atau tiga hidangan snek sehari.

-pilih snek yang tidak mengandungi bahan kimia dan pengawet berlebihan.digalakkan mengambil snek seperti sandwich,kekacang,biskut,minuman bersusu,jus,keju,buah-buahan kering dan kentang lenyek.


3.Makan secara kerap.jika tidak mempunyai selera makan,boleh makan lima atau enam hidangan kecil sehari.

-ambil hidangan yang sihat.amalan mengambil makanan ringan bukan sahaja menambah lemak yang tidak sihat,tetapi melambatkan proses metabolisme tubuh.


4.Pada waktu pagi,ambil makanan yang mempunyai sumber karbohidrat dan protien tinggi

-minum 1 gelas susu pd stiap hari,roti atau telur separuh msk.hindari mknn yg mengandungi byk lemak.


5.Melakukan senaman secara teratur

-lakukan senaman senaman bina badan,angkat berat dan tekan tubi untuk membina otot badan 30 minit setiap tiga atau empat kali seminggu.pastikan yang bertambah adalah otot bukan lemak ketika proses menambah berat badan


6.Selepas selesai senaman,boleh gantikan tenaga yang keluar dengan mengambil makanan yang berkalori tinggi.

-ambil makanan yang mempunyai sumber protien dan karbohidrat.ini untuk mengantikan kandungan gula dalam badan yang telah dikeluarkan sewaktu melakukan senaman.


7.Mengamalkan pemakanan mengikut panduan piramid pemakanan Malaysia.

-lebihkn pengambilan hidangan bg setiap kumpulan makanan kecuali gula,minyak dan lemak dlm mknn.


8.Sokongan makanan tambahan.

-contohnya vitamin B yang membantu mencerna nutrisi yang diambil.



by : HALAQAH





CHERRYKUNING
SELAMAT MENGAMALKAN PEMAKANAN YG SIHAT!!
(~_~)

Thursday, April 28, 2011

IMYSM bebeh!!

Rndu yg dtg tnpa diundang dan pergi tnpa di pinta...

Rindu?? adalah satu emosi yg terjadi akibat timbulnya ingatan terhadap sesuatu. Selain rindu kepada manusia boleh juga dikaitkan dgn rindu pada kenangan lalu,tempat,brg kesayangan dan sebagainya. Selalunya perasaan rindu akan dtg apabila sesuatu itu hilang utk jangka masa yg lama. Perasaan rindu memberikan impak positif jika individu tersebut menjadikan perasaan rindu sebagai satu cabaran. Sebagai contoh jika seseorang itu rindu kepada kampung halaman beliau akan cuba sedaya upaya untuk pulang ke kampung halaman. Sekiranya perasaan rindu yg tidak terkawal mampu menyebabkan individu terbabit tidak mampu melaksanakan sesuatu tugas dgn baik..




Saya yakin semua org biasa mengalami perasaan rindu terutamanya apabila bersendirian. Bagi mengelakkan perasaan rindu terdapat beberapa tips ini :-

a) Jangan terlalu kerap menghubungi individu yg dirindui. Ini bagi mengurangkan tahap sayang terhadap individu terbabit. (sshnya sbr je la kn) :(


b) Sentiasa menyibukkan diri dengan aktiviti luar. Dengan melakukan aktiviti luar sedikit sebanyak kerinduan terhadap seseorang itu dapat dikurangkan.


c) Terdapat juga kes-kes mereka yang merindui orang yang telah pergi meninggalkan diri. Kita seeloknya patut lebih realistik dengan kehidupan.. Cuba-cubalah mencari rakan-rakan yang baru bagi menggantikan yang telah pergi..


d) Bagi mereka yg belajar di luar negara sudah semestinya rindu pada kampung halaman menjadi sesuatu yg tidak dpt dielakkan. Banyak-banyakkan berjalan dan melihat dunia ciptaan ALLAH yg luas ini.


e) Berdoa dan sentiasa ingat kepada Tuhan. Bagi yang beragama Islam amat-amatlah digalakkan untuk beribadat samada solat, membaca Al-QUran, berdoa dan sebagainya. Ini sudah semestinya cara yang sebaiknya dan sentiasalah merinduiNya… AMIN..


f) Mencari hobi yg mampu mengisi kekosongan perasaan rindu.. Anda boleh mencuba banyak hobi seperti melukis, menulis,bersukan dan sebagainya..






CHERRY KUNING
Behind your smile, I know there are sorrows.
Behind your laughter, I know there are tears.
But I want you to know that,
behind you is me who always care for you. (+_+)



Wednesday, April 27, 2011

Smile Always..:))

Senyum?? Msty sshkn kita nk snyum klu ada mslh or stress tp..
 mgkin dgn mmberikan snyuman kpda owg len boleh mghilangkn mslh dihadapi.
 Senyum juga dipercaya sbagai salah satu jln jika ingin menjadi awet muda.huhu. 
 Senyum diketahui mempunyai manfaat utk kesihatan..hehehe..:)


Senyum selalu ok??


tgk comey kn klu kta snyum so snyum la slalu..
^________^


ala2..ciannya tgk dya jgn la cmnie nnt makcik bg coklat ok??
opss...makcik?? maap trsasul lak saya muda lg la so kakak la..:)
^__________^


  • Senyum mmbuat kita lebih menarik. Kita akan selalu tertarik pada org yg selalu tersenyum. Org yg selalu tersenyum punya daya tarik tersendiri. Wajah yg berkerut cemberut,membuat org menjauh dari kita,tp sebaliknya senyum boleh membuat mereka tertarik.

  • Senyum mengubah mood kita. Ketika kita merasa jatuh atau “down” cubalah utk tersenyum. Mungkin mood kita akan berubah menjadi lebih baik.

  • Senyum dapat merangsang org lain tersenyum. Ketika seseorang tersenyum maka senyum tersebut akan membuat suasana menjadi lebih ceria,mengubah mood org lain yg ada disekitarnya dan membuat semua org menjadi senang. Org yg suka tersenyum membawa kebahagiaan buat org yg ada di sekitarnya. Seringlah tersenyum maka anda akan disukai oleh banyak org. 

  • Senyum dapat mengurangi stres. Stres secara nyata dapat muncul di wajah anda. Senyum membantu mencegah kesan kita sebenarnya sedang mghadapi mslh atau merasa “down”. Jika anda sedang stres cubalah untuk tersenyum, maka stres anda akan berkurang dan anda akan merasa lebih yakin untuk membuat kerja selanjutnya.

  • Senyum menurunkan tekanan darah anda. Ketika anda tersenyum, maka tekanan darah anda akan menurun. Jika anda tak percaya, anda boleh mencubanya sendiri, jika anda memiliki alat pengukur tekanan darah di rumah anda.haha..:)

  • Senyum dapat melenturkan kulit wajah dan membuat anda terlihat lebih muda. Otot-otot yang digunakan untuk tersenyum ikut membuat anda terlihat lebih muda. Jika anda ingin sesuatu yang baik, maka berikan senyum anda sepanjang hari, anda akan terlihat lebih muda dan merasa lebih baik.

  • Senyum membuat anda berjaya. Orang yang tersenyum terlihat lebih percaya diri dalam menjalani hidupnya. Cubalah senyum saat anda melakukan pertemuan dan saat ada janji. Rakan-rakan kerja, sahabat, orang-orang terdekat anda akan merasakan sesuatu yang berbeza.

  • Senyum membuat anda tetap positif. Senyumlah! 


CHERRY KUNING
AWAS!!! JGN SENYUM SORG2 NNT 
DI KATAKN GLER OR KURANG WARAS..HUHU~
Senyum utk saya xpa pasti bahagia..hehehe~
^__________^

Monday, April 25, 2011

Alhamdulilah...:)




Alhamdulilah syukur..
yeahhhhhhh.....selesai suda!
apa yg selesai ek?huhu.. Sbnrnya aku br ja abs final exam..
fuhh,rsa relax sgt buat2 dh kn so skg tawakal je la..huhu~
Sem nie mmg wat aku rsa trtekan coz sem nie byk bnda perlu hafal
klu trtggal 1 mmg pening la kn..:(



lalalalalalalalaala~
baru nak hepy ttba lect gtaw sem nie da short sem??
adoii...prlu ke suma tu? br nk brsenang lenang..hehehe~
tak pa la brsusah-susah dulu bersenang-senang kemudian..huk3..
tak pa la cuti lma2 pown bkn nk buat pa kn..^_^
Business Management Wait Me!!
=___="


CHERRY KUNING
 jika indah satu pertemuan ,
 jangan akhiri dengan perpisahan .
jika suci satu perkenalan ,
 jangan cemari dengan pendustaan .
jika bernilai sebuah perhubungan ,
 hargailah ia dgn keikhlasan .
Pasti Bahagia..:))

i Love You...^_^

lala, lalalala, lala, lalala 

I like your smile 
I like your vibe 
I like your style 
But that's not why I love you 
And I, I like the way, you're such a star 
But that's not why I love you, hey 

Do you feel, do you feel me, do you feel what I feel too 
Do you need, do you need me, do you need me-e-e


You're so beautiful 
But that's not why I love you 
I'm not sure you know 
That the reason I love you, is you 
Being you, just you 
Yea the reason I love you 
Is all that we've been through 
And that's why I love you 

lala, lalalala, lala, lalala 

I like the way you misbehave 
When we get wasted 
But that's not why I love you 
And how you keep your cool when I am complicated 
But that's not why I love you, hey 

Do you feel, do you feel me, do you feel what I feel too 
Do you need, do you need me, do you need me-e-e 


You're so beautiful 
But that's not why I love you 
And I'm not sure you know 
That the reason I love you, is you 
Being you, just you 
Yea the reason I love you 
Is all that we've been through 
And that's why I love you 

Yeaaa 

ohhhh, ohhhh 

Even though we didn't make it through 
I am always here for you 
yea-a-a 

You're so beautiful 
But that's not why I love you 
I'm not sure you know 
That the reason I love you, is you 
Being you, just you 
Yea the reason I love you 
Is all that we've been through 
And that's why I love you 

la la, la la la la (oh ohhh) 
la la, la la la la (that's why I love you) 
la la, la la la la (oh ohhh) 
la la, la la la la (that's why I love you)

by Avril Lavigne~


CHERRY KUNING
Aduhh...ttba trasa jatuh cinta lak..
opss,jgn pk bkn2 na..huhu..
sbnrnya aku dh jtuh cinta ngn lagu nie
frst tme dgr rsa bes sgt cool je..
^_____________^

Saturday, April 16, 2011

Mengembirakan Hati..♥ ♥

Sebenarnya nak menghilangkan rasa sedih dan kecewa ada pelbagai cara yg boleh dibuat terpulang pada ketahanan mental,emosi,dan kesabaran Anda.huhu~    



Disini saya ada 7 tips asas menggembirakan hati..^_^
                                                                                 

1. Latih Minda utk Melupakan Kenangan Pahit.                                     
                                                    
                                                                               
Mulai hari ini, tekad untuk melupakan semua tu, selupa yang mungkin, kasi kosong abis! pny lah!huhu... Bulatkan azam untuk fokus kepada masa depan, cita-cita, keluarga, kerjaya, kewangan, keilmuan dan rakan-rakan.                       
                                                                               
Anda takkan dapat melupakan kesemua memori pahit sekaligus, tapi lakukan step by step dengan mengalihkan perhatian Anda kepada perkara lain. Proses ini mengambil masa, tapi ia boleh dipercepatkan dengan disiplin diri.                       
                                                                               

2. Buang Sikap Risau.                                                         

Ada dua kesan dari sikap risau ni, pertama ia menarik nasib tak baik, masalah dan musibah tanpa Anda pinta. Kedua, memberi kesan buruk pada kesihatan Anda dari segi fizikal dan mental. Risau membuat Anda selalu menjadi sedih dan kecewa, kekadang takut. Untuk buang sikap risau, belajar untuk bertenang dan latih diri Anda mengawal perasaan.


3. Belajar Rajin Bersyukur.
                                                   
Ucap syukur atas kesemua yang Anda ada, apa saja! Misalnya, ucap syukur kerana Anda masih ada 5 deria yang lengkap, Anda boleh melihat dan menarik nafas tiap kali bangun tidur, Anda ada kawan rapat yang memahami Anda dan Anda mempunyai keluarga yg sayangkn Anda. Ucap syukur seikhlas hati, sebanyak yang mungkin, seikhlas mungkin hingga rasa syukur tu meresap jauh ke dalam diri Anda. 



4. Belajar Menjadi Pemaaf. 
                                                                                                                                                            
Ketahuilah, Anda selalu rasa sedih dan kecewa kerana Anda tak memaafkan kesalahan diri Anda di masa lalu ataupun Anda tak memaafkan kesalahan orang lain tehadap diri Anda satu ketika dulu, ataupun… Anda susah menerima hakikat perbuatan salah orang lain terhadap diri Anda, yang membuat Anda sedih, kecewa dan geram tahap dewa..belajar menjadi pemaaf dan menghapus semua ni lalu menarik ketenangan datang pada diri Anda.                                                               
                                                                               


5. Ketawa, ketawa dan terus ketawa. 
                          
Ketawa bukan dibuat-buat, tapi biar ketawa yang benar-benar menggembirakan Anda dan menjadikan Anda hepy. Tonton video yang lucu, baca cerita yang lucu, dekatkan diri Anda dengan rakan-rakan yang lucu serta cari “funny side” dalam setiap situasi, agar Anda boleh ketawa secara automatik. Ketawa dapat menghilangkan sedih. Buat apa LAYAN kecewa sedangkan Anda boleh ketawa? Come on…haha..
                                                                               


6. Ubah Fikiran
                                                              
Kita tak boleh merubah situasi yang boleh membuat kita kecewa, sedih dan murung. Tapi, kita boleh merubah fikiran kita dan apa yang kita fikirkan tentang situasi-situasi tersebut walau seburuk manapun ia. Rahsianya, cari sinar mentari disebalik mendungnya awan. Walaupun perkara tidak berpihak kepada Anda, cari cara  bagaimana Anda boleh jumpa nilai-nilai positif di dalamnya.                   
                                                                               
Fikir yang baik-baik saja, kerana ia memberi keuntungan jangka masa panjang. Rezeki Anda murah dan segala yang baik-baik datang sendiri pada Anda. Anda menjadi apa yang Anda mahukan.                       
                                                                               

7. Hati Mesti ‘Keras’.  
                                                  
Bukan keras sembarangan, maksudnya kekerasan hati, kesabaran yang tinggi, pandai mengawal emosi dan menerima hakikat dengan hati terbuka.                                                                                                                                                     
Sebelum masuk tidur, set minda untuk jadi ceria pada hari esok. Lafazkan dengan nada berbisik. Relaks, jangan terlalu mendesak diri.                                                                                                     
Selepas bangun tidur, katakan pada diri ini adalah hari yang baru untuk Anda.                                                                                   
Tekadkan diri untuk menjadikan hari yang baru tu hari yang baik, sungguh baik, sebaik yang mungkin dari hari yang sebelumnya.   



CIK CHERRY KUNING

Sometimes there are somethings that we never want to let go of,

 people we never want to leave behind,

 but keep in mind that letting go isn't the end of the world...

It's beginning of new life...Yes...it's a new life..:)